Navigation
Account
Sign in / Register
  • 0
  • RM0.00

Dimensi Karya

RM38.00

Subhanallah bilamana aku mendapat ilham, aku bagaikan mengutip Permata Syurga yang berguguran tanpa henti,kukutip lalu kubagi-bagikan Permata Syurga tidak berkurangan sedikit pun malah bertambah banyak sehingga menjadi bukit Permata Syurga pelbagai warna dan bentuk saujana mata memandang. Allahu Akbar Maha KayaNya Allah kepada semua hambaNya tanpa terkecuali maka dari itu aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur sepanjang hayat hidupku. Aamiin Ya Rabal A’Lamiin.

Compare
Category: Tag:

DIMENSI KARYA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA

AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI, SYAIR, PANTUN DAN GURINDAM
CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA

Aku bukan ahli sejarah
tapi aku peminat sejarah
aku mahu menghargai sejarah
dengan caraku sendiri.

Aku ingin mengolah sejarah
jadikan puisi syair pantun dan gurindam
cara baru untuk mempopularkan sejarah
di jiwa anak cucu Rumpun Melayu Nusantara
agar mereka menghargai sejarah moyang mereka
yang bersusah payah
memerdekakan negara tercinta
agar anak cucu dapat menumpang teduh
dengan aman sejahtera
tanpa ada permusuhan
yang akan membuatkan
negara moyangku dijajah semula
aku tak mahu sampainya jadi begitu
makanya
kurela
keringat dan darahku ini dijadikan tinta
pena untukku menulis
dengan air mata dan darah
tak akan kuhiraukan lagi
segala penghinaan mereka ke aku
kerana aku berpena bukan
untuk dipandang manusia
aku menulis
demi pandangan dariNya
demi anak cucu Rumpun Melayu Nusantara.

Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
moga Allah SWT sahaja yang dapat membalas dukungan/sokongan kalian
dan tolong doakan aku agar dapat berpena sehingga terhenti nafas
terhentilah pena.

Reviews


Be the first to review “Dimensi Karya”

*

Custom Tab Content here.
Tail sed sausage magna quis commodo swine. Aliquip strip steak esse ex in ham hock fugiat in. Labore velit pork belly eiusmod ut shank doner capicola consectetur landjaeger fugiat excepteur short loin. Pork belly laboris mollit in leberkas qui. Pariatur swine aliqua pork chop venison veniam. Venison sed cow short loin bresaola shoulder cupidatat capicola drumstick dolore magna shankle.